Laman Utama Maklumat Pejabat Daerah Profil Daerah Kalender Daerah Destinasi Pelancongan Maklumbalas
 

Bismillahirahmanirahim...

Salam Sejahtera. Selamat datang ke Laman Web Pejabat Daerah Pitas.

Terima kasih kerana melayari laman web ini. Saya berharap anda akan mendapat banyak informasi mengenai Pejabat Daerah Pitas, khususnya dan Daerah Pitas, umumnya. Laman web ini memaparkan informasi mengenai semua aspek seperti struktur pentadbiran Pejabat Daerah Pitas, profail daerah, kalendar acara/perayaan daerah, tempat-tempat pelancongan, dan sebagainya.

Sebagai daerah yang sedang membangun ’Pitas, Bumi Bertuah di Dataran dan Lautan’, mempunyai banyak potensi samada dalam aspek pertanian, akuakultur, industri, dan pelancongan. Adalah diharap laman ini dapat membantu memberikan informasi mengenai potensi daerah Pitas kepada pihak yang berminat melabur di daerah ini.

Segala komen dan syor adalah dialu-alukan bagi menambahbaik laman ini. Akhir sekali terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam mewujudkan laman web ini.

Terima kasih.

Sekian



SAPDIN IBRAHIM
Pegawai Daerah Pitas.

 

 
 


Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster@sabah.gov.my
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Kerajaan Negeri Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.