PROFIL DAERAH
LATAR BELAKANG
Pitas adalah berasal dari
perkataan “NOPITAS”
satu perkataan bahasa Suku Kaum Sungai yang bererti terputus. Pada
masa itu Sungai Bengkoka dilanda banjir dan akibat arus banjir yang
deras Sungai Bengkoka telah terputus. Maka perkataan
“NOPITAS”
(Terputus) diabadikan oleh penduduk pada masa itu menjadi Pitas
sehingga sekarang.
Daerah Pitas diiktirafkan sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun
1975.
Daerah Pitas mempunyai keluasan 141,935 hektar dan topografinya
berbukit-bukau dan tanah landai.
Ia terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132
kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di
sebalah barat , Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur.
MUKIM DAN
KAMPUNG
MUKIM - Enam (6) buah iaitu
Mukim Kalumpang, Pinggan- Pinggan, Telaga, Dandun, Pantai dan
Mapan-Mapan.
KAMPUNG - 194 buah kampung (133 di N.3 Bengkoka dan 52 di N.1 Banggi).
KETUA KAMPUNG - 148 orang (96 orang di N.3 Bengkoka dan 52 di N.1
Banggi).
JKKK - 181 JKKK (124 di N.3 Bengkoka dan 57 di N.1 Banggi).
