JELAJAH KEMPEN DERMA DARAH KUMPULAN SEDCO 2017 BERMULA DI SANDAKAN
Program CSR Kempen Derma Darah sempena ulangtahun ke-45 SEDCO telah diadakan pada 5 - 6 Ogos, 2017 di dalam Showcase Satu Daerah Satu Industri. Acara yang meriah ini telah diadakan di perkarangan Harbour Mall Sandakan.
Sedcovest dan Perkasa Trading Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Hospital Duchess of Kent dan berjaya mengumpul 102 pain darah disepanjang 2 hari kempen diadakan.
Pengurus Besar Sedcovest En. Mohd. Amir Karim turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Hospital Duchess of Kent, disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Usahawan Kumpulan SEDCO En. Rahim Md. Zain.
7 Ogos, 2017 (Disediakan oleh PRE)